Kini, sedang berlangsung Anugerah Oscars ke-97 di Dolby Theatre, Los Angeles.
Sejak dari awal lagi, ramai meletakkan jangkaan tinggi selepas mendengar Lisa BLACKPINK bakal menjadi artis K-Pop pertama yang akan membuat persembahan di pentas berprestij itu.
Pada pagi ini, tular di media sosial X di mana idola itu dilihat membuat persembahan tribute untuk James Bond bersama Raye dan Doja Cat. Ternyata gah, Lisa dilihat turun ke pentas sambil diikat oleh wayar sekaligus membuatkan penonton teruja melihatnya.
Walau bagaimanapun, netizen di atas talian mempersoalkan persembahan itu dengan ramai meluahkan rasa kecewa melihat wanita itu yang menyanyi secara ‘lipsync’ meski di atas pentas berprestij.
[제97회 아카데미 시상식] ‘007 제임스 본드’ 헌정 공연을 펼치는 블랙핑크 리사 모습pic.twitter.com/jCrNwD9q8A
— 우아한 (@uahan2) March 3, 2025
Komen mereka,
- Tak, dekat Oscars pun nak lipsync ke?
- Seronoklah ada kabel besar.
- Kenapa dia asyik lipsync?
- Bukan ke dia dikritik sebab lipsync di VMA?
- Kenapa dia di sini?
Pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.