Kenapa agaknya tiket perjumpaan peminat Lisa di Jakarta masih belum habis terjual?
Hal ini sedikit mengejutkan kerana Lisa mempunyai kumpulan peminat yang besar memandangkan dia merupakan ahli BLACKPINK.
Pun begitu, rata-ratanya tidak mahu membeli tiket berkenaan kerana harga yang ditetapkan tidak sesuai dengan zon tempat duduk.
Acara fan meetup itu tersedia dalam 10 kategori, dengan harga bermula dari RM517 hingga RM1,660, dan belum termasuk cukai serta yuran perkhidmatan lain. Oleh itu, dengan tambahan kos sekitar 15%, peminat perlu mengeluarkan wang sebanyak RM593 untuk tiket termurah hingga RM1,808, atau hampir RM1,953 untuk tiket termahal.
View this post on Instagram
Kata peminat di sana,
Macam mana ceritanya harga tiket fanmeeting Lisa boleh lebih mahal daripada tiket konsert Ed Sheeran yang PALING mahal?
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.