Ikuti Kami:

“Guna Duit Saya Bagi..” – Kim Taeheon Bekas Ahli ZE:A Dedah Sikap Pemurah Im Siwan Terhadap Peminat

“Guna Duit Saya Bagi..” – Kim Taeheon Bekas Ahli ZE:A Dedah Sikap Pemurah Im Siwan Terhadap Peminat

Pada 17 Februari, Kim Tae-heon bekas ahli ZE:A telah menghantar satu hantaran gambar yang menunjukkan mesej perbualannya bersama dengan Im Si-wan di Instagram.

Di mana dalam mesej tersebut Im Si-wan telah meminta maklumat bank milik Kim Tae-heon.

Selepas ditanya mengenai sebab mengapa dia meminta maklumat tersebut, Im Si-wan membalas,

Tae-heon, saya dah hantar sedikit wang. Sila guna duit itu untuk bayar makanan peminat yang datang makan di restoran awak.

Tambah pelakon itu lagi,

Kalau boleh, jangan terima langsung duit mereka dan awak boleh gunakan duit yang saya dah bagi ini untuk bayar bil mereka.

im-siwan

Terlebih dahulu, pada tahun 2023 Kim Tae-heon telah mendedahkan bahawa dia sedang menjalani kehidupan yang susah selepas menamatkan aktivitinya bersama dengan kumpulan ZE:A.

Dia kemudiannya telah bekerja di sebuah restoran daging dan diberikan jawatan sebagai pengurus.

Tidak berhenti di situ, ahli ZE:A yang lain seperti Park Hyung-sik, Hwang Kwang-hee dan Im Si-wan juga dikatakan sering hadir makan di restoran tersebut.

Pemurah sangat Im Si-wan kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...