Umum mengetahui bahawa pelakon Gu Hye-sun dan Ahn Jae-hyun tidak mampu menyelamatkan perkahwinan mereka dan berpisah selepas hampir 2 tahun mengulam kasih.
Meskipun kedua mereka sudah pun memulakan kehidupan masing-masing tapi nampaknya masih ada lagi cerita yang terpalit mengenai mereka.
Terbaru, Gu Hye-sun dikatakan cuba memadam segala jejak mengenai kes penceraiannya bersam Ahn Jae-hyun di laman carian Namu Wiki.

Nama Gu Hye-sun muncul sebagai pelapor yang meminta tab ‘Kontroversi Penceraian Gu Hye-sun dan Ahn Jae-hyun’ dipadam.
Buat masa ini, tab informasi mengenai kes tersebut sudah pun ditetapkan kepada mod privasi kerana ia dilaporkan oleh seorang individu. Walaubagaimanapun, individu berkenaan dikhabarkan sebagai Gu Hye-sun sendiri di mana dia melaporkan tab tersebut sebagai melanggar hak peribadi dan penyebaran maklumat palsu. Disebabkan dia meminta maklumat itu dipadam, tab itu disekat buat sementara waktu.
Pun begitu, tiada kenyataan rasmi mengenai hal ini daripada pihak Gu Hye-sun.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.