Ikuti Kami:

Gosip Kian Panas, Jung Woosung ‘Ditangkap’ Pasang Ramai Kekasih & Ada Anak Luar Nikah Lain?

Gosip Kian Panas, Jung Woosung ‘Ditangkap’ Pasang Ramai Kekasih & Ada Anak Luar Nikah Lain?

Makin panas kontroversi yang melibatkan kisah peribadi Jung Woo-sung.

Beberapa hari ini, kecoh mengenai pendedahan model Moon Gabi tentang anak yang baru dilahirkannya. Meskipun tidak didedahkan pada awalnya, namun media melaporkan bahawa Jung Woo-sung adalah bapanya.

Bapa kepada anak Moon Gabi

Selepas diakui oleh agensi pelakon lelaki itu, mereka turut mendedahkan bahawa Jung Woo-sung akan bertanggungjawab sebagai seorang bapa namun tidak memberikan sebarang respon mengenai urusan perkahwinan antara mereka. Malah media mendedahkan bahawa Moon Gabi meminta untuk berkahwin namun Jung Woo-sung tidak bersetuju dengannya.

Terbaru, semakin banyak cerita yang ‘dilondehkan’ mengenai dunia cinta Jung Woo-sung. Khabarnya, satu akaun di X dan laman sosial mendedahkan kisah tentang beberapa teman wanita lelaki itu.

moon gabi

Ramai teman wanita

Menurut pendedahan itu, Jung Woo-sung sebenarnya mempunyai 3 teman wanita kini di mana salah seorangnya ialah Moon Gabi, seorang akauntan yang sudah menjalin hubungan cinta selama 10 tahun dan seorang wanita yang lahir pada 1998 di mana gambar mereka di photobooth ‘Don’t Look Up’ turut tersebar.

Bukan itu sahaja, dikatakan bahawa akauntan itu sebenarnya sudah mempunyai suami dan bercerai kerana terlalu cintakan Jung Woo-sung, Wanita tersebut nyata terkejut apabila mengetahui mengenai kehamilan Moon Gabi dan mahu berpisah bersama Jung Woo-sung. Walau bagaimanapun, pelakon itu memujuknya dan mengatakan bahawa mereka boleh mengambil anak Moon Gabi sebagai anak mereka dan menjaganya bersama.

Wanita itu dilaporkan bersetuju dan telah ke firma guaman kecil bagi mengetahui dengan lebih lanjut proses untuk mengambil anak itu dan mendapatkan hak penjagaan yang sah.

moon gabi jung woosung

Dalam pada itu, terdapat khabar angin lain tersebar di mana Jung Woo-sung dikatakan mempunyai anak lain dari wanita lain. Namun komen yang ditinggalkan di laman komuniti itu sudah pun dipadam kini.

Ish ish..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...