Ikuti Kami:

“Dia Terkejut” – Dah Ada Kekasih Lain Semasa Hamilkan Moon Gabi, Jung Woosung Dikecam Netizen

“Dia Terkejut” – Dah Ada Kekasih Lain Semasa Hamilkan Moon Gabi, Jung Woosung Dikecam Netizen

Makin panas nampaknya isu mengenai kehidupan Jung Woo-sung.

Terbaru, lelaki itu didedahkan merupakan bapa kandung kepada anak yang baru dilahirkan model, Moon Gabi. Walau bagaimanapun, mereka dikatakan bukan lah bercinta dan hanya kenalan biasa, dan tiada perancangan untuk berkahwin.

Makin mengejutkan apabila media lain pada pagi ini mendedahkan bahawa Jung Woo-sung sebenarnya mempunyai kekasih bukan selebriti dan tidak terlibat dalm dunia hiburan. Malah hubungan itu diketahui rakan selebriti lain selain keduanya sering menjalani temu janji bersama dengan pasangan Lee Jung-jae dan Im Se-ryung.

Namun, timbul persoalan sama ada Jung Woo-sung mengadakan hubungan intim dengan Moon Gabi ketika dia sedang menjalani hubungan dengan kekasihnya kini. Hubungan dengan kekasihnya kini sudah melebihi setahun, sedangkan Moon Gabi dikatakan hamil pada bulan Jun lepas.

moon gabi

Sekiranya lelaki itu mengakhiri hubungan dengan Moon Gabi sebelum bertemu kekasihnya, dia tidak dapat mengelak dari dikritik kerana menjalinkan hubungan cinta meskipun mengetahui mengenai kandungan model itu.

Dilaporkan juga bahawa kekasihnya tidak tahu tentang kewujudan anak luar nikah Jung Woo Sung serta hubungan dengan Moon Gabi, dan kini dia berada dalam keadaan terkejut.

Selepas berita ini tersebar, agensi Jung Woo-sung memilih untuk tidak memberikan sebarang respon mendalam kerana pihaknya menganggap hal peribadi pelakon itu bukan urusan mereka.

Dalam pada itu, Jung Woo-sung turut dikritik kerana dikatakan selalu lantang mengenai isu politik namun tidak mampu mengawal kehidupan peribadi sendiri.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xport News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...