Ikuti Kami:

Gong Myung & Sooyoung Dilamar Terajui Drama ‘A Very Common Sense Alcoholic’

Gong Myung & Sooyoung Dilamar Terajui Drama ‘A Very Common Sense Alcoholic’

Adakah Gong Myung dan Soo-young Girls’ Generation bakal bergabung dalam sebuah drama baru?

Menurut laporan industri, mereka berdua akan menerajui drama “A Very Common Sense Alcoholic”. Ia mengisahkan seorang wanita yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat minum dan cuba untuk melarikan diri dari norma itu.

Soo-young akan memegang watak Han Geum-ju, seorang mekanik di sebuah syarikat besar kerana minatnya terhadap kereta. Dikenali sebagai “wanita yang lebih pandai minum berbanding lelaki,” dia kemudian diberi gelaran baru sebagai “si kuat minum” yang mendorongnya untuk cuba berhenti minum.

gongmyung

Gong Myung pula akan memegang watak Seo Eui-joon, seorang doktor di sebuah hospital universiti ternama di Seoul, yang kemudiannya dipindahkan ke klinik kesihatan di sebuah kampung luar bandar. Seo Eui-joon percaya bahawa alkohol bukanlah penawar tetapi hanya pelali yang boleh merosakkan kehidupan.

Khabarnya, drama ini sedang memilih barisan pelakon lain dan bakal disiarkan di bawah tvN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...