Ramai rasanya yang dah ternanti-nanti berita baik dari pasangan Jung Kyung-ho dan Soo-young SNSD?
Dalam rancangan “Groom Class”, Hong Seok-cheon telah menemubual Choi Soo-jin iaitu merupakan kakak kepada Soo-young SNSD. Tanya lelaki itu mengenai pasangan tersebut,
Bagaimana keadaan Soo-young dan Jung Kyung-ho?
Balas Choi Soo-jin,
Mereka berdua baik-baik sahaja.
Dedah Hong Seok-cheon,
Saya dengar mereka sering berjanji tamu di kedai kita. Mereka turut bertukar cincin semasa semasa sambutan ulang tahun.
Choi Soo-jin berkata,
Mereka banyak memberi hadiah pada satu sama lain, sudah lebih dari 10 tahun. Walaupun saya fikir mereka akan bertengkar kerana sesuatu, mereka tidak pernah bergaduh dan hubungan seperti ini kelihatan baik.
Semoga mereka berkahwin!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.