Gong Myung dan Kim Min-ha akan digandingkan bersama.
Pada 8 November, Tving telah mengesahkan bahawa pelakon Gong Myung dan Kim Min-ha bakal menjadi watak utama bagi drama “A Week Before I Die”.
Drama ini merupakan drama romantik fantasi yang mengisahkan tentang seorang wanita yang berjumpa kembali dengan roh kawannya yang bertukar menjadi malaikat maut seminggu sebelum kematiannya.
Gong Myung akan membawa watak sebagai Kim Ram-woo, seorang malaikat maut yang muncul kembali di hadapan cinta pertamanya selepas 6 tahun kematiannya.
Manakala Kim Min-ha akan membawakan watak sebagai Jeong Hee-wan, seorang wanita murung yang sedang menunggu waktu kematiannya.
Drama yang bakal dikeluarkan pada tahun 2025 ini telah diadaptasikan daripada sebuah novel yang ditulis oleh Seo Eun-chae.
Rata-rata pembaca serta peminat novel tersebut teruja untuk menyaksikan lakonan yang bakal dibawakan oleh kedua pelakon itu dalam “A Week Before I Die”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.