Ikuti Kami:

Kim Dongwook Sah Sertai Drama Komedi ‘Not Very Strong But Charming Violent Crimes Unit’

Kim Dongwook Sah Sertai Drama Komedi ‘Not Very Strong But Charming Violent Crimes Unit’

Pelakon Kim Dong-wook bakal kembali dengan drama terbarunya.

Menurut syarikat Keyeast Entertainment pada 7 November, Kim Dong-wook bakal membintangi drama jenayah komedi “Not Very Strong But Charming Violent Crimes Unit” yang diarahkan oleh pengarah Ahn Jong-yeon.

Drama ini mengisahkan tentang kerja sama diantara skuad pembunuhan paling teruk di Korea dan ketua skuad pembunuhan paling elit untuk menjadi pasukan terkuat.

Kim Dong-wook bakal membawa watak sebagai Dongbang Yu-bin, ketua skuad pembunuhan di balai polis Songwon. Di mana dia merupakan lelaki yang pada mulanya ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di luar negara, namun dia menolak tawaran tersebut dan kembali ke Korea.

kim dongwook drama

Dia kemudiannya menawarkan diri untuk menjadi ketua bagi skuad pembunuhan di balai polis Songwon, yang juga merupakan skuad pembunuhan paling teruk di Korea.

Rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan lakonan Kim Dong-wook. Tambahan pula, drama ini merupakan drama komedi pertamanya sejak 5 tahun yang lalu.

Manakala Kim Dong-wook sebelum ini, telah banyak membintangi drama-drama terkenal seperti “Find Me In Your Memory”, My Perfect Stranger” dan banyak lagi.

Tak sabarnya nak tonton drama ni nanti! Mesti kelakar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...