‘Goblin’ Dilapor Bakal Diadaptasi Di China & Akan Tayang Di Netflix
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Ada tak yang rindu nak tonton drama “Goblin”?
Artikel Berkaitan
Bagi yang belum tahu, drama “Goblin” yang diterajui Gong Yoo dan Kim Go-eun membawa kisah tentang Kim Shin, seorang jembalang abadi yang pergi mencari pengantin manusia untuk mengeluarkan pedang yang tidak kelihatan dari dadanya dan mengakhiri hidupnya. Pada suatu hari, pelajar sekolah Ji Eun-tak mengaku kepadanya bahawa dia adalah orang yang terpilih.
Semasa ia ditayangkan pada tahun 2016, “Goblin” telah berjaya menerima sambutan baik dari penonton dan meraih rating tinggi ketika episod akhir mencapai 18.7% di seluruh negara.
https://twitter.com/ultra_melons/status/1566941806235111424
Terbaru, drama “Goblin” dilaporkan bakal diadaptasi di China dengan 36 episod secara keseluruhan dan setiap episod akan berdurasi selama 45 minit.
Tambahan, “Goblin” versi China turut dikabarkan akan menemui penonton di Netflix, selepas dijangka mula menjalani penggambaran pada Disember 2022.
Bagaimanapun, barisan pelakon untuk versi China drama tersebut masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




