Popular di Korea, drama “Flower of Evil” nampaknya bakal diadaptasi di India.
Pada 17 Ogos, diumumkan bahawa drama “Flower of Evil” telah dijual kepada platform tempatan terbesar India ZEE5 dan jadual penyiaran juga telah ditetapkan.
Untuk pengetahuan, versi India “Flower of Evil” akan dikeluarkan dengan tajuk “Duranga” yang membawa maksud ‘dua bayangan pembohongan’, dengan jumlah keseluruhan 9 episod.
Seorang pegawai dari ZEE5 berkata,
Budaya Asia yang meriah dan persamaan yang wujud sudah cukup untuk kandungan Korea mempunyai pangkalan peminat yang besar di India. Dengan populariti global ‘Flower of Evil’, saya berasa sangat gembira untuk membuat semula Kandungan Korea dalam industri India buat kali pertama.
Bagi yang belum tahu, “Flower Of Evil” ialah sebuah drama thriller penuh saspens mengenai si suami yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya. Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.
Info lain, “Duranga” akan ditayangkan pada 19 Ogos ini menerusi platform ZEE5 di India!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.