Ikuti Kami:

’18 Again’ & ‘Flower Of Evil’ Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula Minggu Ini

’18 Again’ & ‘Flower Of Evil’ Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula Minggu Ini

Seronok betul bila Netflix kemas kini kandungan Korea baru untuk tatapan penonton. Tak sabar nak marathon!

Terbaru, terdapat dua drama Korea popular yang bakal menemui penonton di laman penstriman tersebut. Ianya adalah:

18 Again (22 Januari)

Membawa kisah seorang suami yang di ambang penceraian namun secara tiba-tiba kembali dalam tubuhnya ketika berusia 18 tahun. Kerana kembali ke wajah lamanya, si suami iaitu Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) mengubah nama kepada Go Woo-young (Lee Do-hyun) begi meneruskan hidupnya. Manakala si isteri Jung Da-jung (Kim Ha-neul) memulakan kehidupannya sedikit lewat sebagai pembaca berita selepas membesarkan anak kembar mereka yang sudah pun berusia 18 tahun.

netflix 18 again

Flower Of Evil (24 Januari)

“Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

netflix flower of evil

Kedua drama ini menjadi isu yang hangat semasa ia ditayangkan di Korea! Jadi, anda juga jangan lepaskan peluang untuk marathon sekali lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...