Ikuti Kami:

“Sangat Cantik” – Usia 50 Tahun Kini, Foto Jeon Doyeon Ketika Muda Dipuji Netizen

“Sangat Cantik” – Usia 50 Tahun Kini, Foto Jeon Doyeon Ketika Muda Dipuji Netizen

Sudah pun mencecah usia 50 tahun, pelakon Jeon Do-yeon tetap mempunyai kecantikan yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.

Baru-baru ini, artikel bertajuk ‘Jeon Do-yeon Cyworld.jpg’ telah tersebar di komuniti dalam talian dan sedang menjadi topik hangat.

Khususnya dalam entri tersebut, beberapa foto pelakon “Crash Course in Romance” itu ketika umurnya dalam lingkungan 20-an telah dikongsi dan menarik perhatian ramai dengan auranya yang menyegarkan serta kecantikannya yang membuatkan ramai terpesona.

Selain itu, netizen juga turut kagum melihat sisi ceria Jeon Do-yeon ketika muda dahulu, dengan gaya pemakaiannya yang comel dan wajahnya yang tak pernah lekang dengan senyuman.

jeon doyeon

Antara komen yang ditulis,

Wah, dia memang sangat-sangat cantik.

 

Dia bukan sahaja kelihatan cantik tetapi juga mengambil swafoto yang bagus.

 

Gila. Dia mempunyai segala-galanya dari muka yang cantik dan aura yang segar.

Cantik kan Jeon Do-yeon?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...