Ikuti Kami:

“Gila, Memang Bajet Banyak Ni” – Penonton Terkejut Lihat Penampilan Pelakon Hollywood Popular Ini Dalam ‘Queen Of Tears’

“Gila, Memang Bajet Banyak Ni” – Penonton Terkejut Lihat Penampilan Pelakon Hollywood Popular Ini Dalam ‘Queen Of Tears’

Dengan bajet lumayan yang telah dikeluarkan, tidak terkejutlah jika drama “Queen of Tears” mempunyai skala produksi yang besar.

Menurut laporan, drama “Queen of Tears” yang diterajui Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won ini, telah memakan bajet yang tinggi mencecah 40 bilion won (RM140,933,600), bersaing dengan drama seperti “Mr. Sunshine” dan “Bulgasal: Immortal Souls”.

Dalam episod ke-6 “Queen of Tears”, penonton terkejut melihat penampilan pelakon Hollywood popular Sebastian Roché, yang muncul dengan wataknya sebagai doktor untuk Hong Hae-in (Kim Ji-won) di German.

sebastian roché queen of tears

Untuk pengetahuan, pelakon Perancis-Amerika itu dikenali dengan pelbagai karya popularnya seperti “The Vampire Diaries”, “Supernatural”, “The Originals” dan banyak lagi.

Meskipun penampilannya hanya sekejap dalam drama itu, penonton menebak bahawa pihak “Queen of Tears” pastinya mengeluarkan belanja yang banyak untuk menjemput pelakon ternama tersebut.

Dah la muncul kejap je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...