Ikuti Kami:

Jalan Cerita Sama, ‘Queen Of Tears’ Diambil Dari Kisah Sebenar Pewaris Samsung?

Jalan Cerita Sama, ‘Queen Of Tears’ Diambil Dari Kisah Sebenar Pewaris Samsung?

Betul ke drama “Queen of Tears” diinspirasikan dari cerita sebenar?

Baru-baru ini, ada laporan mendakwa bahawa drama yang diterajui Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won kini iaitu “Queen of Tears”, adalah berdasarkan kisah sebenar.

Menurut sumber, drama ini diambil dari kisah pewaris Samsung generasi ke-3 Lee Boo-jin dan suaminya, yang pernah menggemparkan seluruh negara suatu ketika dahulu.

Untuk pengetahuan, Lee Boo-jin telah mewarisi harta bapanya untuk bertanggungjawab ke atas rangkaian restoran dan Hotel Shilla mewah di Seoul.

lee boojin queen of tears

Sama juga dengan Hong Hae-in, watak Kim Ji-won dalam “Queen of Tears”, yang merupakan pewaris generasi ke-3 konglomerat Queen Group, yang menguruskan gedung membeli-belah Queen.

Menurut kata orang ramai, Lee Boo-jin dan bekas suaminya Im Woo-jae mula berkenalan di acara amal Yayasan Samsung pada tahun 1995, di mana wanita itu adalah seorang pelatih yang menyamar, sama seperti bagaimana watak Hong Hae-in diperkenalkan dalam siri itu.

Mula jatuh cinta pada satu sama lain, Lee Boo-jin dan Im Woo-jae berkahwin pada Ogos 1999 namun telah bercerai pada 2014, serta lelaki itu telah meletakkan jawatannya di Samsung dan kembali kepada status asalnya.

lee boojin im woojae

Dengan hanya dua episod telah dikeluarkan setakat ini, penonton tertanya-tanya adakah “Queen of Tears” akan mempunyai pengakhiran yang sama seperti bekas pasangan itu atau penulis akan membuat sedikit perubahan untuk menjadikan naratif lebih menarik.

Sementara itu, “Queen of Tears” akan bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi tvN dan Netflix.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...