Ikuti Kami:

“Gila” – Cetus Kontroversi, Netizen Kurang Senang Dengan Syarat Penyertaan ‘Universe Ticket’

“Gila” – Cetus Kontroversi, Netizen Kurang Senang Dengan Syarat Penyertaan ‘Universe Ticket’

Baru-baru ini, syarat uji bakat sebuah program membuatkan netizen terkejut dan marah.

Pada November 2023, program survival “Universe Ticket” mula disiarkan dan untuk pengetahuan ada penyertaan daripada warga Malaysia. Ini merupakan sebuah rancangan untuk menghasilkan satu kumpulan K-Pop, dengan 82 peserta dari negara yang berbeza akan bersaing untuk mendapat tempat.

Namun, ada isu yang menyebabkan netizen kurang senang dengan rancangan ini di mana, mereka yang lahir dari 2008 hingga 2017 boleh menyertai uji bakat. Ini bermaksud peserta tertua ialah 15 ke 16 tahun dan yang paling muda ialah 6 ke 7 tahun.

Tambahan lagi, seorang peserta termuda berusia 12 tahun, Lim Seo-won, seorang pelatih dari LeanBranding Entertainment dikatakan sudah memulakan proses untuk menjadi idola, walaupun rancangan itu masih lagi berbaki beberapa episod.

Menurut netizen, walaupun merekrut pelatih muda bukanlah perkara baru di Korea, tetapi umur sedemikian adalah tidak sesuai untuk mengerah tenaga mereka menjadi ‘pekerja’.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...