Ikuti Kami:

(G)I-DLE Miyeon Sah Akan Buat Debut Solo

(G)I-DLE Miyeon Sah Akan Buat Debut Solo

(G)I-DLE adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia industri muzik K-Pop. Kumpulan penyanyi wanita yang bernaung di bawah Cube Entertainment itu sudah memulakan debut mereka pada 2 Mei 2018 yang lalu. Namun, terdapat satu lagi debut yang akan dilancarkan tetapi debut secara solo.

(G)I-DLE semestinya sentiasa memberikan lagu dan persembahan yang terbaik terutamanya  dalam album kumpulan mereka yang terbaru, ” I NEVER DIE “. Namun, debut secara solo yang akan dilancarkan pada bulan ini adalah debut solo Mi-yeon, vokal utama (G)I-DLE yang telah disahkan oleh Cube Entertainment sendiri.

Mi-yeon akan kembali dengan album solo pada akhir bulan ini

Mi-yeon telah beberapa kali terlibat dengan keluaran OST sejak debutnya sebagai vokal utama dalam kumpulannya, (G)I-DLE tetapi kali ini, para peminat amat menantikan suara merdu dan persembahan yang mengagumkan dalam album solo pertamanya.

Mi-yeon bukan sahaja mampu memberikan kualiti dalam persembahannya namun dia juga membuktikan kebolehannya dalam bidang pengacaraan setelah menjadi pengacara bagi Mnet’s “M! Countdown” dan juga tampil dalam beberapa program lakonan termasuklah “Adult Trainee” dan “Her Bucket List”

Teruja untuk album solo Mi-Yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...