Ikuti Kami:

(G)I-DLE Jadi Kumpulan Pertama Selepas TWICE Raih ‘Perfect All Kill’ Untuk 2 Lagu Dalam 1 Tahun

(G)I-DLE Jadi Kumpulan Pertama Selepas TWICE Raih ‘Perfect All Kill’ Untuk 2 Lagu Dalam 1 Tahun

Nampaknya, 2022 merupakan tahun yang gemilang buat (G)I-DLE!

Terbaru pada 25 Oktober, iChart Instiz mengumumkan bahawa lagu baru (G)I-DLE “Nxde” telah mencatat kejayaan yang sempurna selepas menyapu bersih carta muzik Korea sepenuhnya.

Untuk pengetahuan, ada lima lagu pada tahun 2022 yang telah berjaya meraih ‘Perfect All Kill’, dan “Tomboy” serta “Nxde” dari (G)I-DLE adalah dua daripadanya. Fuh hebat!

Tambahan, (G)I-DLE bukan sahaja merupakan artis pertama yang mengungguli semua tapak penstriman muzik utama di Korea dengan dua lagu berbeza pada tahun 2022, tetapi mereka juga merupakan kumpulan idola pertama sejak TWICE pada tahun 2016, yang mempunyai dua lagu berbeza memperoleh ‘Perfect All Kill’ pada tahun yang sama.

Tahniah (G)I-DLE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...