Ikuti Kami:

“Mesti Yuqi Kahwin Dulu” – Soyeon Kongsi Pandangan Ahli (G)I-DLE Mana Bakal Tamat Bujang

“Mesti Yuqi Kahwin Dulu” – Soyeon Kongsi Pandangan Ahli (G)I-DLE Mana Bakal Tamat Bujang

Selepas kembali dengan lagu comeback “Nxde”, So-yeon (G)I-DLE nak kahwin pula?

Baru-baru ini, kumpulan (G)I-DLE tampil dalam satu rancangan hiburan, “Street Alcohol Fighter 2” yang kini bersiaran di laman YouTube rancangan tersebut.

Dalam episod tersebut, So-yeon berkata bahawa dia rasa Yuqi bakal menjadi ahli pertama yang melangsungkan perkahwinan.

Saya rasa, orang yang tidak kelihatan seperti akan berkahwin atau mahu berkahwin, selalunya orang itu la yang akan berkahwin dulu. 

heechulLalu, Hee-chul bertanya kepada Yuqi, mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

Saya sukakan lelaki yang mempunyai matlamat sama seperti saya. Saya ada semangat motivasi yang tinggi dan saya selalu ingin jadi lebih baik dalam setiap hal. Saya takkan tertarik kalau dia seorang yang tiada apa yang mahu dilakukan. 

Tanpa berfikir panjang, So-yeon berkata, mungkin dia adalah ahli kedua yang akan berkahwin.

Saya memang nak berkahwin, saya perlu kahwin dengan segera. Saya mahukan lelaki yang sayangi saya sepenuhnya. Seorang yang sentiasa mengutamakan saya. 

gidleLah… semua nak kahwin ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...