Berita gembira buat semua peminat (G)I-DLE di Malaysia!
BACA: Hwang Inyeop & (G)-IDLE Buat ‘World Tour’, Ramai Peminat Sedih Malaysia Sering Dikecualikan
Sebelum ini, ramai yang meluahkan rasa sedih apabila banyak kumpulan dan selebriti yang sering mengecualikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mereka akan kunjungi untuk membuat persembahan atau bertemu dengan peminat.
Namun, (G)I-DLE nampaknya adalah kumpulan K-Pop pertama selepas pandemik COVID-19, yang telah memasukkan Malaysia dalam konsert jelajah dunia mereka ‘(G)I-DLE WORLD TOUR [JUST ME ( )I-DLE]’.
https://twitter.com/G_I_DLE/status/1541798585070768129
Untuk pengetahuan, (G)I-DLE akan membuat persembahan pada 9 September ini di Zepp Kuala Lumpur, yang terletak di LaLaport Pusat Bandar Bukit Bintang. Tambahan, (G)I-DLE juga merupakan kumpulan K-Pop pertama yang akan mengadakan konsert di situ.
Siap sedia korang nak beli tiket!