Ikuti Kami:

Hwang Inyeop & (G)-IDLE Buat ‘World Tour’, Ramai Peminat Sedih Malaysia Sering Dikecualikan

Hwang Inyeop & (G)-IDLE Buat ‘World Tour’, Ramai Peminat Sedih Malaysia Sering Dikecualikan

Memang seronok kan kalau selebriti Korea kegemaran kita akhirnya akan menjelajah dunia untuk berjumpa dengan peminat?

Terbaru, peminat amat teruja apabila artis kegemaran mereka iaitu Hwang In-yeop dan (G)I-DLE membuat pengumuman tentang acara perjumpaan peminat mereka.

Walau bagaimanapun, gembira bertukar menjadi tawa apabila kedua-kedua artis itu nampaknya telah ‘mengecualikan’ Malaysia sebagai salah satu negara yang akan mereka lawati meskipun ia adalah ‘World Tour’ dan ‘Lawatan Pertemuan Peminat di Asia’.

Untuk pengetahuan, ini juga bukanlah kali pertama perkara ini berlaku, kumpulan lain seperti THE BOYZ, TXT dan banyak lagi turut tidak menyertakan Malaysia sebagai negara yang akan mereka pergi.

kpop world tour

Antara komen sedih yang ditulis peminat:

Malaysia dipalau lagi…

Seperti biasa, Malaysia mesti tak ada.

Singgah la Malaysia!

Hmm..kenapa agaknya ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...