Ikuti Kami:

“Geramnya..” – Watak Antagonis Jung Jaesung Dalam ‘Big Mouth’ Jadi Perhatian

“Geramnya..” – Watak Antagonis Jung Jaesung Dalam ‘Big Mouth’ Jadi Perhatian

Bukan sahaja mempunyai plot yang menarik, malahan drama “Big Mouth” turut menampilkan ramai pelakon hebat.

Bagi yang belum tahu, “Big Mouth” adalah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Selain pelakon utama Lee Jong-suk dan Yoon-A yang mendapat perhatian, watak Park Yoon-gap yang dibawa oleh Jung Jae-sung turut meninggalkan impak pada penonton.

jung jaesung big mouth

Khususnya dalam episod terbaru “Big Mouth”, watak Jung Jae-sung yang mendominasi Penjara Gucheon dengan berkarisma, telah berjaya menambahkan ketegangan dalam drama tersebut.

Tambahan, Jung Jae-sung turut menggambarkan aspek ‘kotor’ Park Yoon-gap yang sanggup menerima segala-galanya melibatkan wang secara realistik, membuatkan penonton digelubungi dengan kemarahan.

Oleh itu, Jung Jae-sung nampaknya telah berjaya membawa watak antagonis Park Yoon-gap, yang tidak peduli apa-apa selain untuk memuaskan keinginannya sendiri. Dari ekspresi, cara bercakap dan lakonan matanya, pelakon itu memang benar-benar menjiwai wataknya dengan sepenuhnya.

big mouth

Sekadar info, drama “Big Mouth” ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dan boleh ditonton menerusi Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...