Diam tak diam, rupanya sudah sebulan “Hometown Cha Cha Cha” menamatkan tayangannya.
Tidak dinafikan bahawa drama ini meninggalkan impak yang besar buat peminat K-Drama dek plotnya yang ringan namun menghiburkan dan menyentuh perasaan dalam masa yang sama. Malah ramai yang tak boleh ‘move on’ dengan keserasian Shin Min-ah dan Kim Seon-ho sebagai Hong Du-shik dan Yoon Hye-jin.
Ianya terbukti masih popular kerana masih kekal tersenarai dalam ranking global Netflix meskipun sudah sebulan menamatkan tayangan.
Dalam pada itu, “Squid Game” dan “The King’s Affection” adalah antara K-Drama yang turut tersenarai dalam ranking itu kini.
Sekadar pengetahuan, “Hometown Cha Cha Cha” mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.