Ikuti Kami:

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘Hometown Cha Cha Cha’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Ending Memuaskan, Episod Akhir ‘Hometown Cha Cha Cha’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

8 minggu bersiaran akhirnya “Hometown Cha Cha Cha” mengucapkan selamat tinggal kepada kita buat selamanya.

Sinopsis

Drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Akhir sempurna

[Amaran SPOILER]

Episod akhir ini bermula dengan emosi yang ‘roller-coaster’ apabila Hong Du-shik lelah dek berita kematian nenek Gam-ri walaupun cuba memendam perasaan itu pada awalnya. Menangis teresak-esak, Yoon Hye-jin menjadi tonggak yang kuat dalam merawat luka di hati lelaki itu.

ending hometown cha cha cha

Melepaskan impiannya, doktor gigi itu sedar bahawa dia kini mempunyai keinginan baru iaitu sentiasa berada di sisi Hong Du-shik dan menghabiskan masa bersama di Gongjin. Malah lelaki itu juga mempunyai impian yang sama dengan kekasihnya.

Lebih mengharukan apabila pasangan itu akhirnya melangkah ke fasa yang lebih serius dan nekad untuk menjadi suami dan isteri buat selamanya. Semoga hanya bahagia buat Hong Du-shik dan Yoon Hye-jin selepas ini!

ending hometown cha cha cha

Rating tertinggi

Terus mencatatkan rating yang baik sepanjang tayangan, “Hometown Cha Cha Cha” meraih rating tertinggi pada episod terakhirnya iaitu 12.7%. Malah siri ini turut tersenarai dalam ranking global Netflix sekaligus membuktikan bahawa ianya disukai oleh peminat K-Drama di seluruh dunia.

Meskipun membawa plot yang biasa namun realiti kehidupan yang dipaparkan membawa ketenangan buat penonton selain merasakan bahawa watak seperti Yoon Hye-jin dan Hong Du-shik mungkin ada sahaja di sekeliling mereka. Sekaligus mereka berasa seperti turut sama berada dalam kalangan penduduk Gongjin dek keramahan semua.

Apa macam, puas hati tak dengan ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...