Ikuti Kami:

“Gembiranya..” – Padam Isu Bercerai, Choi Minhwan Dilihat Ceria Bersama Ahli F.T. Island

“Gembiranya..” – Padam Isu Bercerai, Choi Minhwan Dilihat Ceria Bersama Ahli F.T. Island

Dah move on ke?

Pada 13 Disember yang lalu, Choi Min-hwan dilihat memuat naik video menunjukan dia bersama dengan ahli F.T. Island yang lain di akaun Instagram miliknya.

Dalam video yang dikeluarkan, ketiga-tiga ahli F.T. Island berkumpul dan mengambil gambar seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 민환 최 (@minhwan12)

Video ini menarik perhatian ramai apabila mereka dapat melihat wajah ceria penyanyi itu selepas bercerai bersama Yul-hee setelah 5 tahun berkahwin. Sebelum ini, rumah tangga Choi Min-hwan dan Yul-hee menjadi bualan hangat kerana mereka berdua telah mengesahkan sudah berpisah.

Untuk pengetahuan, semua kisah yang berkaitan dengan perceraian dia bersama Yul-hee telah dipadam dan Choi Min-hwan hanya update perkara yang melibatkan F.T. Island sahaja.

Selain itu, peminat juga ada memberi sokongan mereka kepada Choi Min-hwan dengan menghantar komen seperti

Ia kelihatan seperti foto keluarga baharu.

 

Rasa sama seperti zaman dahulu.

 

Rasa nostalgia.

 

Ia sangat comel.

 

Saya suka melihat ekspresi Min-hwan, gembiranya.

Ramai mendoakan yang terbaik untuk Choi Min-hwan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...