Bukan setakat Malaysia dilanda musim penceraian, namun sepertinya Korea juga turut mengharungi masalah yang sama.
Selepas 5 tahun bersama, Choi Min-hwan F.T. Island dan Yul-hee LABOUM mengumumkan bahaa mereka bakal membawa haluan masing-masing. Pun begitu, ramai yang mengkritik wanita itu kerana melepaskan hak jagaan ketiga-tiga anak mereka kepada Min-hwan.
Sedari pengumuman rasmi dibuat, akaun media sosial Yul-hee diserang dengan pelbagai komen buruk yang mengatakan dia ibu tak bertanggungjawab. Terdahulu, bekas ahli LABOUM tersebut dikecam ramai kerana terlalu boros berbelanja untuk pendidikan anak-anak hingga dia mahu membayar 8 juta won (RM28,576) sebulan untuk sekolah selain belanja 800,000 won (RM2,857) bagi jelajah ke taman tema saban minggu.
Jadi, adakah Yul-hee melepaskan tanggungjawab dengan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan Min-hwan? Jawapannya adalah ‘tidak’. Walaupun kita tidak dapat berkata apa-apa mengenai kehidupan peribadi pasangan berkahwin namun keputusan itu sepertinya dibuat untuk mengelakkan anak-anak dari berasa jauh dengan ayah dari sudut psikologi. Oleh kerana Min-hwan yang merupakan pencari rezeki utama keluarga itu, sepertinya keputusan tersebut adalah yang terbaik untuk masa depan anak-anak mereka.
Pun begitu, Yul-hee menekankan bahawa dia tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu,
Ini ialah pengakhiran pada penggambaran kami sebagai pasangan namun bukan sebagai ibu dan bapa. Jadi, kami melakukan yang terbaik untuk menjaga dan berkomunikasi demi anak-anak.
Pandai lah mereka uruskan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.