Ikuti Kami:

“Gembiralah Tanpa Kami Di Sisi”- Jungkook BTS Menangis Ketika Lakukan Siaran Langsung

“Gembiralah Tanpa Kami Di Sisi”- Jungkook BTS Menangis Ketika Lakukan Siaran Langsung

Jung-kook menangislah…

Terbaru, Jung-kook BTS telah membuat siaran langsung untuk peminatnya menerusi laman Weverse. 

Menerusi siaran langsung itu, penyanyi tersebut mula mengesat air matanya dan memandang skrin sambil melihat komen hati berwarna ungu yang dihantar oleh ARMY (nama peminat).

Terharu dengan cinta yang diberikan peminat, Jung-kook berkata,

Semua orang, saya harap awak semua sentiasa bergembira walaupun tanpa ada kami disisi. Saya tidak mempunyai banyak peluang untuk mengatakan ini tapi sekarang saya nak cakap A-fo-Bang-fo (ARMY selamanya, BANGTAN selamanya).

Jungkook BTS menangis

Sebaik sahaja tamat siaran langsung itu, hashtag #JUNGKOOK, #AfoBangfo, #Jungkookie, #Our Jungkookie telah trend seluruh dunia di Twitter. Kemudian, ARMY yang menonton siaran langsung itu telah membuat ciapan dengan mesej sokongan kepada Jung-kook.

Antara ciapan yang dimuat naik adalah,

Jung-kook, tolonglah sentiasa bergembira. Saya akan sayang awak.

 

Janganlah menangis Jung-kook. A-fo-Bang-Fo.

 

Saya harap semua kasih sayang dan sokongan daripada peminat di seluruh dunia sampai dekat awak Jung-kook.

Apa-apa pun, ARMY tetap akan sayang dan sokong awak Jung-kook.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...