Dalam proses penyediaan makanan, perkara yang paling harus diutamakan adalah kebersihan.
Bagaimanapun dalam episod terbaru rancangan “Unexpected Business 3”, ahli Jo In-sung dan Cha Tae-hyun telah dikecam penonton kerana sikap lalai mereka ketika menyediakan makanan buat pelanggan.
Dalam siaran itu, mereka sedang mengambil alih sebuah kedai Korea di Amerika Syarikat dan turut menyediakan beberapa jenis makanan seperti Kimbap. Namun, mereka berdua tidak memakai topeng muka dan sibuk bercakap.
Apa yang membuatkan penonton berasa lebih tidak selesa, ahli dilihat meletakkan sarung tangan ke dalam mulut ketika hendak mencuba makanan yang disediakan.
Selepas menonton adegan itu, penonton rata-rata mengkritik Jo In-sung dan Cha Tae-hyun kerana tidak mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanan, tambahan pula ianya adalah untuk dijual.
Komen netizen,
Adegan ini membuatkan saya rasa tidak selesa apabila menontonnya.
Sekurang-kurangnya, jangan bercakap.
Ini sangat pengotor, saya geli tengok.
Kenapa mereka tidak memakai topeng muka?
Aduh, takde ke staf tegur mereka ni..