Peminat K-Pop pastinya akan tahu dengan lagu “Gee” oleh GIRLS’ GENERATION.
BACA: Punyai Badan Langsing Idaman Ramai, Sooyoung GIRLS’ GENERATION Kongsi Rutin Senaman
Meskipun sudah lama sejak ia dikeluarkan iaitu pada tahun 2009, lagu “Gee” nyata masih digemari ramai sehingga kini.
Terbaru pada 23 Oktober, muzik video GIRLS’ GENERATION untuk lagu ikonik mereka “Gee” telah berjaya melepasi 300 juta tontonan di YouTube, menjadikannya muzik video pertama kumpulan itu yang mempunyai pencapaian sedemikian.
Untuk pengetahuan, muzik video “Gee” pertama kali dikeluarkan pada Jun 2009, bermakna ia mengambil masa kira-kira 13 tahun, 4 bulan dan 15 hari untuk mengumpul sebanyak 300 juta tontonan di YouTube.
Tahniah GIRLS’GENERATION! Jom dengar lagu ini sekali lagi di atas.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.