Utama K-Trending Punyai Badan Langsing Idaman Ramai, Sooyoung GIRLS’ GENERATION Kongsi Rutin Senaman

Punyai Badan Langsing Idaman Ramai, Sooyoung GIRLS’ GENERATION Kongsi Rutin Senaman

sooyoung girls' generation

Soo-young GIRLS’ GENERATION sememangnya dikenali dengan ‘visual’nya yang menarik dan bentuk badannya yang langsing serta tinggi.

Baru-baru ini, Soo-young telah tampil sebagai tetamu dalam program MBC “The Manager”. Selain mendedahkan rumahnya yang cantik dan kemas buat kali pertama, pelakon dan idola itu turut berkongsi rutin senamannya bagi memperoleh badan yang langsing dan sihat.

Bersama dengan rakan gimnya iaitu pelakon Han Hyo-joo dan Jin Seo-yeon, peminat dapat lihat bagaimana Soo-young mengekalkan bentuk badannya yang ramping, merupakan idaman ramai orang.

sooyoung girls' generation

Pada awalnya, Soo-young memulakan dengan senaman ‘pull-up’ dan mempamerkan perutnya dengan tona yang sempurna. Meskipun letih, dia sambung bersenam di mesin lalat terbalik dan melakukan senaman angkat kaki yang sengit.

Tidak habis di situ, dia meneruskan lagi dengan senaman ‘goblet squats’ dengan kettlebell. Selepas selesai bersenam, mereka sama-sama menikmati teokbokki sebagai ganjaran.

Dengan badan seksi dan sihat kini, memang berbaloi segala usaha dan kerja keras Soo-young!

https://youtu.be/9AwAaAi0p0c

Jom tengok Soo-young bersenam dalam video di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...