Selain merupakan seorang pelakon berbakat, Song Hye-kyo juga sentiasa menarik perhatian ramai dengan kecantikannya.
Terbaru pada 7 Mei, Song Hye-kyo telah menghadiri acara Baeksang Arts Awards 2024 sebagai salah seorang penyampai anugerah.
Setibanya wanita itu di majlis berkenaan, ramai yang terpesona melihat kecantikannya, yang tampil memakai gaun merah jambu panjang.
백상 송혜교 ㅁㅊ pic.twitter.com/hj3mbbI2Ge
— 해 (@aboutloveknot) May 7, 2024
Selain itu, baju yang dipakainya juga terbelah di bahagian dada, menarik perhatian ramai kerana pelakon tersebut jarang berpenampilan seksi.
Tak pernah bosan tau tengok muka Song Hye-kyo ni.