Selepas “The Glory”, pasti ramai yang menantikan drama baru dari Song Hye-kyo kan?
Terbaru, Song Hye-kyo dilapor bakal terajui drama baru penulis Noh Hee-kyung, yang akan menggambarkan adegan realistik orang yang bekerja dalam industri penyiaran di masa lalu.
Sebagai respon, agensi pelakon itu berkata,
Memang benar kami ada menerima skrip dari drama itu dan Song Hye-kyo sedang secara positif meneliti tawaran tersebut kini.
Jika wanita itu menerima tawaran ini, ia akan menjadi reunion kali ke-3 Song Hye-kyo bersama penulis Noo Hee-kyung, selepas pernah bekerjasama dalam “Worlds Within” dan “That Winter The Wind Blows”.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!