Ikuti Kami:

Garapan Penulis ‘My Love From The Star’, Kim Soohyun Dilamar Terajui ‘Queen Of Tears’

Garapan Penulis ‘My Love From The Star’, Kim Soohyun Dilamar Terajui ‘Queen Of Tears’

Adakah Kim Soo-hyun sudah memilih projek drama seterusnya?

Khabarnya, lelaki itu sudah pun menerima tawaran untuk membintangi drama “Queen Of Tears”.

Respon agensinya,

Kim Soo-hyun ada menerima tawaran untuk muncul dalam naskhah terbaru park ji-eun iaitu ‘Queen Of Tears’ dan sedang menelitinya.

Pada April lalu, terdapat perkhabaran bahawa dia akan membintangi drama ini namun agensinya pada ketika itu menafikan dakwaan tersebut dan hanya mengatakan bahawa mereka tidak menerima tawaran secara rasmi lagi.

kim soohyun

Untuk pengetahuan, penulis Park Ji-eun bertanggungjawab menulis buat beberapa drama popular seperti “My Love From The Star”, “Producer” dan “Crash Landing On You”. Jikalau Kim Soo-hyun menerima tawaran ini, bermakna dia akan berjabat tangan dengan penulis ini buat kali ketiga.

Dalam pada itu, drama ini akan diarahkan oleh Kim Hee-won yang pernah mengarahkan drama seperti “Vincenzo.”, “Little Women” dan banyak lagi.

Korang rasa Kim Soo-hyun terima tak tawaran ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...