Acara ’11th Gaon Chart Music Awards’ kini akan dihoskan oleh Si-eun STAYC, Do-young NCT dan JaeJae.
BACA: Ujian Kendiri Eunhyuk Super Junior Positif, Ahli ‘Running Man’ Jalani Ujian COVID-19
Sebelum ini, Eun-hyuk SUPER JUNIOR pada asalnya telah dijadualkan untuk menjadi hos bersama Si-eun STAYC, namun, Eun-hyuk telah disahkan positif COVID-19 beberapa hari lepas. Oleh itu, dia tidak dapat sertai sebagai pengacara kali ini.
Pada 25 Januari, ’11th Gaon Chart Music Awards’ telah mengesahkan bahawa majlis itu kini akan mempunyai tiga MC, dengan Do-young NCT dan JaeJae akan menyertai Si-eun.
Ketiga-tiga mereka tidak dinafikan lagi dengan kemahiran pengacaraan mereka. Si-eun STAYC sebelum ini telah menunjukkan kemahiran pengacaraannya yang stabil sebagai MC khas program muzik SBS ‘Inkigayo’ tahun lepas. Do-young NCT juga mempunyai pengalaman mengacarakan ‘Inkigayo’ dengan Ji-soo BLACKPINK dan Jin-young GOT7 pada tahun 2017. Selain itu, JaeJae juga turut terkenal sebagai pengacara di rancangan temu bual YouTube SBS ‘MMTG’, dan telah mendapat perhatian atas tenaganya yang hebat.
Jangan lupa saksikan ’11th Gaon Chart Music Awards’ pada 27 Januari ini jam 4 petang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.