Semakin ramai artis Korea yang disahkan positif COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Terbaru, Eun-hyuk dari Super Junior telah menerima keputusan positif selepas melakukan ujian COVID-19 kendiri.
Respon agensinya,
Eun-hyuk melakukan ujian antigen COVID-19 pada pagi ini dan mendapati keputusan positif. Jadi, ujian PCR tambahan telah dijalankan. Kami sedang menunggu keputusannya kini.
Dalam pada itu, Eun-hyuk disahkan telah menyertai rakaman “Running Man” pada 17 Januari lalu untuk episod istimewa ‘Bintang Harimau’. Disebabkan itu, kesemua ahli program berkenaan iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Jun So-min, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan serta staf yang bertugas semasa penggambaran tersebut telah menjalani ujian PCR.
Bukan itu sahaja, rakaman program “How Do You Play?” turut berjalan pada hari berkenaan.
Yoo Jae-suk dan Haha yang menjadi kontak rapat kepada individu positif telah menjalani ujian saringan PCR di klinik sejurus selepas mereka dimaklumkan mengenai hal berkenaan ketika penggambaran.
Nantikan keputusan ujian mereka.
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.