Agak sukar kan K-Drama nak raih rating yang tinggi kini?
Terbaru, sebuah drama baru iaitu “Cinderella At 2 AM”lakonan Moon Sang-min dan Shin Hyun-bin sepertinya turut mengalami masalah yang sama.
Ia adalah drama romantik komedi yang mengisahkan tentang seorang wanita biasa yang tidak menyangka bahawa dia bercinta dengan pewaris kaya generasi ketiga.
Drama ini menyiarkan episodnya di Channel A 20 minit selepas ditayangkan di Coupang Play di mana ia mencatatkan rating 0.6% sahaja untuk tayangan perdana kelmarin.
Meskipun menghiburkan mungkin kerana ia ditayangkan di saluran kabel dan laman web, ianya gagal diakses oleh lebih ramai penonton.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.