Ikuti Kami:

Shin Hyunbeen & Moon Sangmin Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Cinderella At Two O’Clock’

Shin Hyunbeen & Moon Sangmin Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Cinderella At Two O’Clock’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat Moon Sang-min bergandingan dengan Shin Hyun-been dalam sebuah drama!

Terbaru pada 25 Ogos, Shin Hyun-been dan Moon Sang-min dilapor akan terajui drama baru berjudul “Cinderella at Two O’Clock”. Respon agensi mereka,

Kami sedang mempertimbang untuk muncul dalam ‘Cinderella at Two O’Clock’.

Untuk pengetahuan, “Cinderella at Two O’Clock” ialah drama romantik komedi yang mengisahkan tentang cinta seorang wanita biasa yang mengutamakan untuk melindungi dirinya dan seorang pewaris chaebol generasi ketiga yang percaya bahawa melindungi cinta adalah sama dengan melindungi dirinya sendiri.

moon sangmin shin hyunbeen

Dalam drama ini, Shin Hyun-been dijangka akan membawa watak sebagai Ha Yoon-seo, seorang wanita yang yakin dengan diri sendiri namun tidak berupaya untuk bercinta.

Manakala Moon Sang-min telah ditawar untuk memegang watak Seo Joo-woon, seorang yang kacak dan mempunyai personaliti yang lembut, juga merupakan anak kepada presiden syarikat.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Cinderella at Two O’Clock”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...