Ikuti Kami:

Gandingan Ramai Pelakon Hebat, 6 K-Drama Ini Paling Dinantikan Penonton Tahun Ini

Gandingan Ramai Pelakon Hebat, 6 K-Drama Ini Paling Dinantikan Penonton Tahun Ini

Siap sedia semua kerana ada banyak drama menarik yang akan ditayangkan tak lama lagi.

Pelbagai genre dan dibintangi oleh ramai pelakon hebat, 6 K-Drama ini merupakan naskhah yang paling dinantikan penonton. Jom lihat senarai di bawah!

The Judge From Hell

Diterajui Park Shin-hye dan Kim Jae-young, “The Judge From Hell” membawa kisah tentang seorang hakim kejam dan ganas yang menggunakan kuasa buat dirinya sahaja dan bertemu dengan detektif ceria yang meletakkan mangsa sebagai keutamaan.

Influenza

Selepas “Snowdrop”, Ji-soo BLACKPINK akan menemui penonton dengan dramanya yang seterusnya iaitu “Influenza”, bergandingan dengan Park Jung-min dan ramai lagi. Drama ini akan menggambarkan proses askar Jae-yoon dan teman wanitanya Young-joo, bertempur melawan zombi dan berlari ke arah satu sama lain dengan latar belakang unit pertahanan udara di sebuah bangunan tinggi di Seoul.

The Trunk

Dibintangi pelakon hebat Gong Yoo dan Seo Hyun-jin, “The Trunk” akan mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan.

Because I Want No Loss

Seterusnya adalah drama rom-kom “Because I Want No Loss” yang akan diterajui Shin Min-ah dan Kim Young-dae. Ia akan mengisahkan tentang perkahwinan di antara seorang pekerja pejabat wanita dengan pekerja sambilan di kedai serbaneka.

Love Next Door

Tidak ketinggalan adalah gandingan Jung Hae-in dan Jung So-min dalam drama romantik “Love Next Door”, mengisahkan tentang seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.

Acquaintances

Mengisahkan tentang kisah percintaan di tempat kerja, Han Ji-min dan Lee Joon-hyuk akan membintangi “Acquintances”. Drama ini dijangka akan menunjukkan hubungan percintaan antara seorang pengarah syarikat yang mementingkan kerjanya dengan seorang setiausaha yang mahir dalam menjaga budak serta melakukan kerja rumah.

Jadi, korang paling tak sabar nak tengok drama mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Korea Herald

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...