Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Jung Hae-in dan Jung So-min dalam sebuah drama!
Baru-baru ini, Jung Hae-in dan Jung So-min dilihat sedang menjalani penggambaran untuk drama baru mereka akan datang berjudul “Golden Boy”.
Untuk pengetahuan, “Golden Boy” ialah drama komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.
#JungHaeIn and #JungSoMin were spotted filming for their upcoming romcom drama #GoldenBoy 🤍 pic.twitter.com/yzzgKZWfmA
— kdrama tweets (@iconickdramas) April 14, 2024
Selain itu, pelakon hebat yang lain akan turut membintangi drama ini adalah Kim Ji-eun, Yoon Ji-on, Park Ji-young, Jo Han-chul, Jang Young-nam, Lee Seung-jun, Kim Geum-soon, Han Ye-ju, Jeon Seok-ho, Lee Seung-hyub dan Shim So-young.
Sama-sama kita nantikan tayangan “Golden Boy”, dijangka bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini!