Ikuti Kami:

Gandingan Mantap, Penonton Syak Kim Youngkwang & Lee Sungkyung Sedang Bercinta Kini?

Gandingan Mantap, Penonton Syak Kim Youngkwang & Lee Sungkyung Sedang Bercinta Kini?

Ada tak yang tengah seronok layan drama “Call It Love” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Call It Love” yang diterajui Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung, menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.

Ia mengikuti Woo-joo (Lee Sung-kyung) yang mencapai titik terendah selepas mengetahui hubungan sulit bapanya dan merancang untuk membalas dendam. Bagaimanapun, dia akhirnya jatuh cinta dengan Dong-jin (Kim Young-kwang) anak kepada arwah bapanya bersama perempuan simpanan yang menghalaunya keluar dari rumah.

Disebabkan lakonan mesra dan ‘chemistry’ mantap kedua pelakon itu dalam setiap episod drama berkenaan, ramai yang mempersoalkan sama ada mereka benar-benar bercinta dalam kehidupan sebenar. Malahan, pihak produksi juga pernah mengesyaki mengenai hubungan cinta antara Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung.

disney+ call it love

Kongsi pengarah di sidang akhbar yang diadakan pada Disember lalu,

Orang ramai di bilik suntingan mendakwa bahawa Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung mungkin sedang bercinta. Saya dapat merasakannya melalui cara kedua-dua mereka bertukar pandangan semasa penggambaran.

Tambahnya lagi,

Apabila Dong-jin sudah jatuh cinta pada Woo-joo, Woo-joo menjadi sangat cantik di matanya dan dia memandangnya dengan mata seseorang yang jatuh cinta.

kim youngkwang lee sungkyung

Haa apa pendapat korang yang tonton drama ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...