Ikuti Kami:

Dari Dendam Ke Cinta, Ini Sebab Siri Melodrama ‘Call It Love’ Disukai Penonton

Dari Dendam Ke Cinta, Ini Sebab Siri Melodrama ‘Call It Love’ Disukai Penonton

Sukar untuk mencari drama melodrama yang membuai perasaan namun “Call It Love” berjaya melawan persepsi ini.

Ia menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.

Dalam satu perkongsian istimewa, pengarah Lee Kwang-young telah menceritakan dengan lebih lanjut dan mendalam mengenai siri yang ditayangkan khas di Disney+ Hotstar ini.

Unik dan tersendiri

Tak seperti drama lain, “Call It Love” tak memberikan fokus kepada plot mencintai dan dcintai sahaja malah ia menekankan bagaimana ‘cinta’ mampu mengubah kehidupan seseorang. Jelas lelaki itu,

Elemen cinta di dalam drama ini tak semestinya bersifat romantik. Ia mungkin cinta di antara rakan, keluarga dan apa-apa jenis hubungan pun. Walaupun sesetengah jalinan membebankan namun ada juga yang membantu menelusuri kesusahan dalam kehidupan.

disney+ call it love

Watak utama yang berbeza

Dalam sidang media sebelum ini, pengarah Lee Kwang-young ada menyatakan bahawa setiap watak dipaparkan dalam siri ini adalah berlainan. Kerana persona yang berrbeza itu, ia melengkapi “Call It Love”. Ulasnya mengenai tiga watak yang berada di sisi Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung,

Yoo Jun ialah watak terbaik di mana dia seorang rakan lelaki yang paling sempurna. Rasanya kita semua pernah mengenali seorang senior lelaki di sekolah yang berada di antara garisan sahabat dan kekasih.

Bagi Kim Ye-won pula, dia merupakan seorang yang sangat mudah disayangi di mana cara percakapan dan apa yang diutarakan adalah comel.

disney+ call it love

Untuk watak Min-young yang dilakonkan oleh Hani pula,

Wataknya mungkin tidak disukai semua kerana dia yang mematahkan hati Dong-jin. Tapi saya mahu menjadikan dia sebagai seorang yang mudah disayangi hingga lelaki itu tidak boleh melupainya selepas mereka berpisah.

Plot sebenar ‘Call It Love’

Berdasarkan jalan ceritanya, drama ini adalah lebih kepada pujukan dan empati di antara watak berbeza dengan masa lampau berlainan berbanding kisah romantik antara dua manusia. Komen pengarah tersebut,

Hidup ini diiringi parut beremosi dan kesunyian. Walaupun begitu, kita tetap meneruskan kehidupan. Saya mahu menyampaikan kepada penonton termasuk saya sendiri, ini ialah kehidupan yang perlu dilalui kita. Tapi apabila Woo-joo bertemu Dong-jin dan Dong-jin bertemu Woo-joo, mereka perlu melangkah ke hadapan. Kita juga akan maju selangkah apabila ada pemicu terkecil pun. Ini ialah cara pujukan dan saya berharap penonton memahaminya.

disney+ call it love

Bagi yang belum menonton, boleh layan “Call It Love” di Disney+ Hotstar sekarang juga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...