Ikuti Kami:

Gandingan Hebat Lee Dongwook & Kim Hyejun, ‘The Killer’s Shopping Mall’ Umum Tarikh Tayangan

Gandingan Hebat Lee Dongwook & Kim Hyejun, ‘The Killer’s Shopping Mall’ Umum Tarikh Tayangan

Drama terbaru Lee Dong-wook akan dikeluarkan tak lama lagi!

Pada 14 Disember, Disney+ telah mengumumkan tarikh tayangan bagi drama “The Killer’s Shopping Mall”.

Drama yang bertemakan aksi ini mengisahkan tentang kisah kelangsungan hidup seorang gadis yang menjadi sasaran pembunuh kerana harta dan legasi yang ditinggalkan oleh bapa saudaranya.

Di dalam drama ini, Lee Dong-wook akan membawa watak sebagai Jung Jin-man, seorang pemilik pusat membeli belah yang mencurigakan.

Manakala, Kim Hye-jun akan membawa watak sebagai anak saudara Jin-man iaitu Jung Ji-an, seorang gadis yang membesar dengan ayah saudaranya selepas kehilangan ibu bapa.

the killer shopping mall poster

Tidak ketinggalan, Poster pelancaran bagi drama ini yang dikeluarkan juga telah menarik perhatian dengan konsep uniknya yang kelihatan seperti poster pembukaan pusat membeli-belah. Namun, troli membeli-belah yang terdapat di dalam poster itu dipenuhi dengan senjata berbahaya.

Malah, drama mengenai pusat membeli belah yang dikhaskan untuk pembunuh ini akan meningkatkan rasa ingin tahu tentang perkara yang bakal berlaku disini dan akan mula ditayangkan pada 17 Januari 2024 di Disney+.

Macam menarik kan drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...