Ikuti Kami:

“Bujang Atau Berpunya?” – Lee Dongwook Dedah Status Terkini Mengenai Kehidupan Cintanya

“Bujang Atau Berpunya?” – Lee Dongwook Dedah Status Terkini Mengenai Kehidupan Cintanya

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai status pelakon yang semakin hari semakin kacak ni kan?

Baru-baru ini, ketika ditemu bual mengenai filem terbarunya iaitu “Single in Seoul”, Lee Dong-wook telah mendedahkan status mengenai kehidupan cintanya.

Di mana, pelakon itu telah mengesahkan statusnya sebagai ‘bujang’ dan tidak mempunyai pasangan.

Katanya sambil ketawa,

Saya masih lagi bujang. Mungkin ianya kerana radar cinta saya dah rosak.

lee dongwook

Tambah pelakon itu,

Saya dah rasa selesa duduk berseorangan jadi saya dah sebati dengan kehidupan macam ni. Tambahan pula, saya bebas untuk buat apa saja yang saya nak buat dan tiada siapa yang halang saya. Jadi, perkara ni buat saya selesa jadi bujang dan hidup tanpa pasangan.

Malah, Lee Dong-wook juga turut menyatakan bahawa dia mungkin akan dapat menukar cara kehidupannya selepas dia berjumpa dengan pasangannya.

Siapa nak masuk line kena beratur belakang min okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...