Ikuti Kami:

Gandingan Hebat, Ini 5 Pasangan K-Drama Dengan ‘Chemistry’ Terbaik Menurut Pakar

Gandingan Hebat, Ini 5 Pasangan K-Drama Dengan ‘Chemistry’ Terbaik Menurut Pakar

Tidak lengkap sesebuah drama itu tanpa gandingan mantap daripada para pelakon.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pasangan pelakon K-Drama dengan chemistry terbaik, menurut pakar.

Yoona & Junho (King The Land)

pasangan kdrama punyai chemistry terbaik

“King The Land” merupakan salah satu K-Drama yang menjadi bualan hangat antara peminat K-Drama. Keserasian yang ditunjukkan oleh dua pelakon utama, Yoona dan Jun-ho berjaya menarik perhatian ramai orang untuk menonton drama terbabit. Lagipun, dua selebriti ini sudah lama saling mengenali jadi tidak peliklah kalau korang tengok mereka tidak kekok berlakon bersama.

Tambahan pula, Yoona dan Jun-ho memulakan kerjaya mereka dalam dunia hiburan Korea sebagai idola K-Pop.

Jo Insung & Han Hyojoo (Moving)

pasangan kdrama punyai chemistry terbaik

Menurut pakar, lakonan daripada Jo In-sung dan Han Hyo-joo dalam K-Drama “Moving” ini patut diberi pujian tinggi. Kisah percintaan antara dua watak dalam drama ini membuatkan emosi penonton naik turun.

Jeon Doyeon & Jung Kyungho (Crash Course In Romance)

pasangan kdrama punyai chemistry terbaik

Pada awal tahun yang lalu, “Crash Course In Romance” berjaya mencuri hati peminat dengan plot cerita yang pelbagai. Jeon Do-yeon dan Jung Kyung-ho mempamerkan chemistry yang sempurna, dengan menjadi pasangan yang agak berumur bercinta.

Rowoon & Jo Boah (Destined With You) 

pasangan kdrama punyai chemistry terbaik

Gandingan yang hebat dapat dilihat antara Rowoon dan Jo Bo-ah melalui drama ini. Disebabkan oleh lakonan mengenai hubungan mereka yang manis, penonton “Destined With You” tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.

Uhm Junghwa & Kim Byungchul (Doctor Cha) 

pasangan kdrama punyai chemistry terbaik

Bagi sesiapa yang tonton “Doctor Cha” mesti akan suka dengan persembahan yang diberikan oleh pelakon drama terbabit. Pakar juga merasakan gandingan antara Uhm Jung-hwa dan Kim Byung-chul sangat serasi.

Dengan hubungan dingin yang dihadapi oleh pasangan suami isteri dalam drama itu, dua pelakon ini diberikan perhargaan kerana berjaya membawa watak dengan baik dan ianya sampai kepada penonton.

Hebat la dorang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...