Ikuti Kami:

Gambar Seksi Untuk Pikat Lelaki, Wanita Ini Potong Badan Suami Orang Guna Gergaji Rantai

Gambar Seksi Untuk Pikat Lelaki, Wanita Ini Potong Badan Suami Orang Guna Gergaji Rantai

Kisah yang KimchiDaily kongsikan ini boleh dijadikan iktibar kepada orang ramai, untuk lebih berhati-hati ketika mengenali dengan orang di laman sesawang.

Wanita ini terlalu marah dan kecewa dengan bekas teman lelakinya, dia memutuskan untuk membunuh lelaki lain yang tidak bersalah.

Permulaan

Kes ini berlaku pada tahu 2014 di daerah Paju. Ianya bermula apabila seorang wanita bernama Go Mi-suk berusia 35 tahun kecewa kerana putus cinta. Go Mi-suk merupakan seorang wanita yang suka memuat naik gambar seksi di laman Instagram untuk menggoda lelaki. Apabila bekas teman lelakinya itu ingin memutuskan hubungan mereka, dia berasa sangat marah dan kecewa. Hal ini kerana, lelaki itu sangat kaya, boleh menunaikan segala permintaan Go Mi-suk.

Namun setelah berasa sangat marah dengan bekas teman lelakinya itu, dia berjaya memikat seorang lagi lelaki yang dikenalinya di Instagram. Pada Mei 2014, mereka berdua bersetuju untuk berjumpa walaupun lelaki itu sudah mempunyai isteri. Dia menipu isterinya bahawa dia akan ke Seoul untuk menghadiri temu duga kerja.

Kegembiraan bertukar mimpi ngeri bagi lelaki itu apabila mereka tiba di sebuah motel. Go Mi-suk mula menutup mata lelaki itu dan mengambil pisau berukuran 30CM panjang. Tanpa ragu-ragu, Go Mi-suk terus menikam bahagian leher mangsa sebanyak 41 kali sehingga menyebabkan lelaki itu mati.

bunuh pakai gergaji rantai

Kronologi

Orang ramai membuat spekulasi bahawa Go Mi-suk mungkin pernah terlibat dengan kes jenayah sebelum ini. Mereka berfikir demikian kerana Go Mi-suk tidak menggunakan sebarang dadah mahupun memberi alkohol kepada mangsa untuk membunuh. Namun pihak polis mengesahkan bahawa ini merupakan jenayah pertama yang dilakukan oleh Go Mi-suk.

Selepas menikam mangsa, Go Mi-suk memindahkan mayat ke dalam bilik air untuk mencuci darah. Dia juga telah memanjangkan lagi masa untuk tinggal di bilik motel itu dan melakukan kerja-kerja untuk menghapuskan bukti pembunuhan. Selain itu, dia juga sempat pergi ke kedai untuk membeli dua beg besar serta sebuah gergaji rantai. Penjual di kedai perkakasan berasa sangat curiga dengan kehadiran wanita itu untuk membeli gergaji rantai. Go Mi-suk ada menyatakan dia membeli alatan itu kerana ingin memberi hadiah kepada ayahnya yang berada di luar negeri.

bunuh pakai gergaji rantai

Selepas itu, Go Mi-suk sempat singgah ke kedai menjual barang kemas dan membeli sebentuk cincin berserta seutas rantai bernilai RM 10,433. Dia menggunakan kad kredit milik mangsa untuk membayar barang kemas terbabit.

Dua hari selepas pembunuhan, dia cuba untuk membeli barang kemas yang berharga hampir RM 18,000 di kedai yang sama. Disebabkan berasa pelik, pemilik kedai meminta kad pengenalan Go Mi-suk namun, dia membatalkan pembeliannya dan terus keluar meninggalkan kedai terbabit dan pergi ke kedai lain seterusnya pulang ke motel.

bunuh pakai gergaji rantai

Setelah sampai di motel, Go Mi-suk mula melakukan kerja-kerja untuk memisahkan semua bahagian badan mangsa dengan menggunakan gergaji rantai yang dibelinya. Dia memasukkan bahagian atas badan serta kepala mangsa dalam satu beg dan bahagian bawah badan diletakkan dalam beg yang lain. Untuk menghapuskan bau busuk daripada mayat, Go Mi-suk menyembur minyak wangi yang dibeli menggunakan kad kredit mangsa di sekitar bilik motel.

Kerja kejam Go Mi-suk dapat dihidu oleh pihak pengurusan hotel kerana mereka menjumpai banyak percikan darah di dalam bilik itu. Mereka kemudiannya melaporkan kes ini kepada pihak polis.

Perbicaraan di mahkamah

Pihak polis berjaya mengesan Go Mi-suk dan dia terus didakwa di mahkamah. Semasa perbicaraan, Go Mi-suk mengaku membunuh dan memotong badan mangsa menggunakan gergaji rantai. Tambahnya, dia bertindak demikian untuk melindungi diri sendiri daripada cubaan merogol oleh lelaki itu.

bunuh pakai gergaji rantai

Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Incheon menyatakan bahawa tiada bukti mengenai perkara ini. Mahkamah juga ada menyatakan, selepas membunuh, Go Mi-suk ada bertemu dengan lelaki lain yang dikenali dan melakukan hubungan seksual dengannya. Disebabkan hal ini, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman berat terhadapnya. Pada 4 Februari 2015, Go Mi-suk dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun atas kesalahan membunuh dengan niat.

Salah tetap salah ye!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...