Ikuti Kami:

Jual Diri Sebab Terdesak, Lelaki Ini Tikam Rakan Baik Kerana Servis Tak Dibayar

Jual Diri Sebab Terdesak, Lelaki Ini Tikam Rakan Baik Kerana Servis Tak Dibayar

Disebabkan terdesak mahukan duit, membunuh pun sanggup.

Baca: Gangguan Seksual Oleh Pengarah K-Drama, Sora Yang Meninggal Dunia Akibat Tertekan

Kes jenayah yang terjadi ini sangat mengejutkan kerana orang yang sangat rapat sanggup membunuh rakan baiknya sendiri.

Kronologi

Kes ini berlaku pada tahun 2016 di Pulau Daebu apabila polis menjumpai satu plastik besar yang mencurigakan di tepi perairan pulau itu. Apabila plastik itu dibuka, polis sangat terkejut kerana terdapat sepasang kaki manusia tanpa badan. Pihak polis pada ketika itu tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada apa-apa bukti yang boleh mengesahkannya.

Namun, tiga hari selepas penemuan itu, ada satu lagi bukti besar dijumpai. Bungkusan plastik yang sama ditemui oleh orang awam di mana, ada badan manusia di dalam plastik itu. Tetapi, keadaan mayat tidak sempurna kerana bahagian organ dalaman mangsa telah dikorek keluar. Pihak polis bernasib baik kerana tangan mangsa masih berada dalam keadaan yang sempurna jadi mereka boleh mengenal pasti identiti mangsa yang didedahkan sebagai Choi (40).

kes bunuh kawan di pulau daebu

Dengan info yang diperoleh, polis berjaya menjejaki alamat semasa rumah mangsa. Tanpa melengahkan masa, pihak polis terus pergi ke rumah mangsa. Apabila pihak polis sampai ke rumah, tiada siapapun yang berada dalam rumah terbabit. Akan tetapi polis menemui satu lagi bukti terbesar di dalam rumah itu, iaitu percikan darah pada dinding rumah. Setelah disoal siasat, percikan darah itu memang milik Choi. Tetapi siapa pelaku yang membunuh Choi?

Suspek

kes bunuh kawan di pulau daebu

Pada Januari tahun 2016, Choi telah mendapat tawaran untuk bekerja di satu syarikat dan dia telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Jo Seong-ho (30). Tanpa mengambil masa yang lama, mereka berdua terus menjadi kawan baik. Mereka sering melakukan pelbagai perkara bersama-sama sehinggakan pekerja-pekerja dan bos berasa tidak selesa dengan kehadiran mereka. Akhirnya, pada Februari tahun yang sama, Choi dan Jo Seong-ho dibuang kerja serta merta.

Semasa bekerja, tempat tinggal telah diberikan secara percuma kepada mereka. Disebabkan kehilangan pekerjaan, mereka juga telah hilang tempat tinggal. Selain itu, Choi dan Jo Seong-ho juga merupakan seorang yang miskin dan perlukan wang untuk meneruskan kehidupan seharian. Pada mulanya, mereka merancang untuk menyewa sebuah bilik yang kecil namun Choi memberi idea untuk tinggal di rumah kecil tetapi harga tetap murah. Tanpa berfikir panjang, Jo Seong-ho bersetuju dengan cadangan itu.

Motif pembunuhan

Setelah beberapa minggu tinggal bersama tanpa bekerja, Choi telah membuat satu permintaan pelik kepada Jo Seong-ho. Dia meminta untuk tidur bersama dan melakukan hubungan seks serta memberitahu akan membayar Jo Seong-ho. Jo Seong-ho pada mulanya bersetuju untuk bersama tanpa sebarang wang kerana dia tahu Choi tiada duit.

Namun, selepas kejadian itu Jo Seong-ho sangat terdesak perlukan duit dan dia menuntut kembali bayaran sebanyak RM3,124. Akan tetapi Choi juga tidak mempunyai wang dan tidak mahu membayarnya. Mereka berdua bergaduh sampai bertumbuk disaksikan oleh orang ramai di sebuah kedai makan. Tidak terhenti begitu sahaja, pergaduhan ini berlarutan sehingga ke rumah.

kes bunuh kawan di pulau daebu

Oleh kerana terlalu marah dengan Choi, Jo Seong-ho bertindak untuk memukul mangsa dengan menggunakan tukul. Choi berjaya mengelak, namun Jo Seong-ho sempat menendang bahagian alat sulit Choi. Oleh kerana berada dalam kesakitan, Choi tidak mampu berbuat apa-apa dan Jo Seong-ho mengambil kesempatan ini dengan terus memukul mangsa bertubi-tubi sehingga pengsan. Berasa tidak cukup, Jo Seong-ho terus membuat keputusan untuk menikam mati mangsa di bahagian dada dan perut menggunakan pisau.

Jo Seong-ho menyimpan mayat Choi di rumah dan sempat keluar untuk berhibur seperti tiada apa-apa yang berlaku. Disebabkan tidak mahu mayat berbau terlalu busuk, dia membuang semua organ dalaman Choi dan terus membuangnya di tempat pembuangan sampah serta melalui tempat pembuangan air. Selain itu, Jo Seong-ho juga memotong badan Choi kepada dua bahagian dan membuangnya di Pulau Daebu.

Hukuman

kes bunuh kawan di pulau daebu

Setelah perbicaraan, Jo Seong-ho dijatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun atas kesalahan yang dilakukannya. Ini bermaksud dia akan dibebaskan pada tahun 2043.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...