Ikuti Kami:

“Gaji Kami Sikit..” – Susah Senang Bersama, Han Geng Cerita Pengalaman Dibantu Ahli SUPER JUNIOR

“Gaji Kami Sikit..” – Susah Senang Bersama, Han Geng Cerita Pengalaman Dibantu Ahli SUPER JUNIOR

Ketika ditemu bual oleh pihak media, Han Geng telah berkongsi memori indah bersama dengan SUPER JUNIOR.

SUPER JUNIOR telah melakukan kemunculan sulung mereka pada tahun 2005 dengan lagu yang berjudul “Twins (Knock Out)”. Namun, ianya tidak mendapat sambutan yang baik.

Kata Han Geng,

Masa tahun pertama kami debut, kami tidak mempunyai banyak wang.

Tambahnya,

Ketika menjadi pelatih, syarikat akan bagi elaun setiap bulan. Jadi saya selalunya akan hantar hampir kesemua elaun bulanan saya kepada keluarga saya di Cina.

Ceritanya lagi,

Tapi, selepas debut kami kena bayar balik elaun yang kami terima kepada syarikat dan ianya buat saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk hantar kepada keluarga saya kerana gaji kami pada masa itu sangat sikit.

han-geng-interview

Dia menyambung,

Disebabkan ini, kesemua ahli SUPER JUNIOR kongsi duit dan gaji mereka bersama saya. Walaupun mereka juga tidak mempunyai wang yang banyak, mereka masih lagi sanggup untuk tolong saya.

Terharunya dengar cerita Han Geng kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...