“The Escape of The Seven” sepertinya gagal menarik perhatian penonton K-Drama kini.

Untuk episod ke-10 drama itu, ianya mencatat catatan terendah iaitu 5.7% sahaja meskipun drama yang ditayangkan dalam slot sama seperti “My Dearest” berjaya mencapai rating tertinggi iaitu 11.2%.
Memaparkan tema balas dendam, “The Escape of The Seven” berkisah tentang takdir tujuh individu yang berbelit dengan kes kehilangan seorang gadis. Mereka mencoba untuk menipu ketika ditanya, dan kebenaran yang mengerikan akhirnya terungkap.
Sebelum ini, drama tersebut menghadapi kritikan dari penonton Korea dek kandungan yang provokatif. Digarap penulis kontroversi yang sama menulis “The Penthouse”, rata-rata komen menyelar plot cerita yang melakukan kekerasan terhadap anak, buli di sekolah dan pelbagai lagi.
Meskipun menampilkan ramai pelakon hebat seperti Hwang Jung-eum, Uhm Ko-joon, Lee Joon dan ramai lagi namun sepertinya ramai penonton yang sudah penat dengan plot keterlaluan penulis Kim Sun-ok. Adakah sebab itu, penonton beralih arah pada “My Dearest” kerana plotnya yang lebih menyentuh hati dan romantik?
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.