Ikuti Kami:

“Gadis Yang Saya..” – Menghiburkan, Teaser ‘Doctor Slump’ Papar Keserasian Park Shinhye & Park Hyungsik

“Gadis Yang Saya..” – Menghiburkan, Teaser ‘Doctor Slump’ Papar Keserasian Park Shinhye & Park Hyungsik

Park Shin-hye dan Park Hyung-sik telah berkongsi serba sedikit mengenai drama terbaru mereka dengan teaser baharu!

Drama “Doctor Slump” merupakan drama romantik komedi yang mengisahkan tentang Yeo Jung-woo (Park Hyung-sik) dan Nam Ha-neul (Park Shin-hye) yang cuba untuk memperbaiki kehidupan mereka selepas jatuh ke dalam kemerosotan.

Kedua-dua musuh yang saling membenci mula bersatu di dalam titik gelap kehidupan mereka dan menjadi sinar kebahagiaan sesama mereka.

Teaser yang baru dikeluarkan bermula dengan Yeo Jung-woo yang berkata,

Gadis yang saya suka pada masa itu dan gadis yang saya benci ketika itu.

Di mana pada ketika itu dia dan Nam Ha Neul sedang menunjukkan persaingan sengit mereka.

doctor slump

Dalam masa yang sama, teks pada poster juga menunjukkan ‘Musim Bunga 2009, saya berjumpa dengan musuh yang paling saya benci’ dan Nam Ha-neul berkata,

Budak lelaki yang ingin saya cengkam kolar bajunya tetapi saya berjumpa dengannya semula ketika saya mengalami titik gelap di dalam kehidupan saya.

Teaser tersebut berakhir dengan babak Nam Ha-neul dan Yeo Jung-woo pada masa kini, terkejut dan terkedu sambil menunjukkan jari sesama sendiri setelah mengenali satu sama lain sebelum menjerit ketakukan.

Sementara itu, drama ini akan mula ditayangkan pada 27 Januari 2024.

Macam best kan drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...